Monday, August 31, 2009

Full Of Stress!!!!

Aku tersangat stress dr minggu lepas! Aku berkejar balik tuk jaga nenek… masa aku penuh tertumpu pada nenek.. aku tak hirau benda lain.. setiap ari aku uat kerja yg sama, masak tuk nenek.. mandikan nenek.. tukarkan lampin… kejap2 mintak itu, kejap2 mintak ini.. aku banyak diam.. tak berkata apa2…

ptg pula kena masak tuk buka.. then sahur, kemas apa yang patot.. HP pun aku tak hirau… dah la mmg tak de coverage! Aku tak layan pun sape2 yg msg aku….

Sesekali aku tertido dekat sofa, aku rasa aku keletihan… penat papah nenek ke bilik air.. penat layan karenah nenek.. tapi bukan aku tak ikhlas buat kerja… Cuma… emosi aku sikit tertanggu.. semacam aku yg menanggung beban itu sedangkan adik beradik aku yang lain tak ambik tau… alasannya… AKU PEREMPUAN!!!

Aku cuba gembirakan diri aku, pergi ke salon.. cuci rambut.. buat treatment! Aku sacrifice masa aku ngan kawan2 aku, sbb nenek.. kalo aku kuar, cemana ngan nenek?? Itu je yg aku fikir, sape nak tukar lampin dia.. sape nak tgk apa dia buat? Sapa nak layan karenah dia? Sape nak sediakan milo tuk dia???

Dan aku tak sangka, aku terlalu emosi di malam MERDEKA, sampai aku menangis sorang2… aku nak bercakap… tapi aku tak tau cemana nak luahkan… adik2 semua keluar ngan kawan2.. aku sorang2 kat rumah, asyik pikir, cemana ngan NENEK??? Aku cuba msg beberapa sahabat aku, tapi aku seperti tidak waras, menangis tak tentu hala… ntah apa yang aku sedihkan, ntah apa yang buat aku berkecil ati! Mungkin aku terlalu stress ngan keadaan skrg… Sorry…

Aku tunggu nenek tidur, baru aku naik tidur.. aku tak bising mcm dulu, aku tak tahu kenapa mulut aku seperti terkunci… aku tak marah pun kucing panjat kreta aku, aku tak marah pun kucing cakar2 kreta aku! Aku banyak diam…

Di pagi merdeka.. aku berfikir… walau nenek tak layan aku dgn baik dulu, walau zaman kanak2 hingga remaja aku sangatlah pahit tuk di telan, tapi aku berjaya harunginya… aku berjaya keluar dr emosi itu! Aku berjaya lupakan keperitan aku dulu… aku merdekakan diri aku… supaya tidak terus hanyut dgn perasaan itu.. aku tidak menyimpan dendam.. tapi aku cuba menzahirkan rasa itu dgn berdiam… kerana diam itu mampu padamkan segala memori pahitku dulu…

Dan aku bersyukur, aku punya kudrat menjaga makan minum nenek.. aku mengeluh bukan kerana nenek, Cuma aku berkecil hati dgn adik aku sendiri… sedangkan dia orang yang cukup bertuah mendapat sepenuh perhatian dr nenek…

Orang takkan faham apa yang aku rasa.. kerana aku cuba sembunyikan segalanya. Dgn gelak ketawa… dgn ‘clumsy things’ yang slalu aku buat!! As long my friend happy.. & aku terus bernyawa dgn kegembiraan itu! :-)

aku cuma meluahkan apa yang terpendam...

1 comment:

  1. jgn stress2 sgt kak long kang dpt darah tinggi lak...senyum2 selalu..hadapi dgn tenang ya!

    ReplyDelete